top of page

PERKHIDMATAN GUAMAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (II)


(2) MENYEDIAKAN KHIDMAT PERUNDINGAN SYARIAH DALAM WASIAT, HARTA

PUSAKA ISLAM, MEMBUAT HIBAH DAN HARTA SEPENCARIAN

Ezrilaw Firm menyediakan khidmat nasihat dan penyediaan kertas kausa bagi perancangan harta ketika hidup dan juga selepas meninggal dunia khususnya di dalam hal-hal berikut:

(a) wasiat

(b) hibah i.e hibah mutlak (ketika hidup) dan hibah selepas meninggal dunia

(c) amanah (trust deed)

(d) wakaf

(e) sedekah amal jariah

(f) nasihat perancangan harta sepencarian

(g) perancangan berkenaan pemilikan saham-saham di dalam syarikat



(3) MENYEDIAKAN KHIDMAT MERANGKA, MENYEMAK DAN MEMETERAI

PERJANJIAN SEWA (TENANCY AGREEMENT)

(a) Menyediakan khidmat merangka, menyemak dan memeterai perjanjian sewa

bagi semua kategori-kategori perumahan yang berikut:


(i) Rumah

(ii) Rumah strata

(iii) Lot Kedai

(iv) Bilik

(v) Bangunan Komersial


(b) Menerangkan tentang kepentingan menandatangani perjanjian sewa kepada

pemilik dan penyewa dari khususnya dalam hal-hal berikut:

(i) kepada pemilik

  • Pembaik pulihan dari kerosakan

  • Perjanjian tempoh sewaan

  • Urusan guaman

  • Deklarasi pendapatan

(ii) kepada penyewa

  • Hak sebagai penyewa

  • Jumlah wang deposit dan sewaan

  • Bayaran sewaan bulanan

  • Senarai inventori


(c) Menawarkan penerangan mengenai kaedah pengiraan duti setem perjanjian sewa.



(d) Menawarkan penerangan mengenai kesan-kesan jika tiada perjanjian sewa yang

mana perkara-perkara berikut yang mungkin terjadi:


(i) Hak penyewa dan pemilik tidak dapat dijaga

(ii) Penyewa tidak memahami tanggunggawab

(iii) Kerosakan tidak dapat dibaik pulih

(iv) Tiada bukti penambahan pendapatan sampingan

(v) Tidak dapat berurusan secara profesional



(e) Menawarkan penerangan mengenai kesan perjanjian sewa apabila PKP

diisytiharkan khususnya dalam perkara-perkara berikut:


(i) kesahihan penjanjian sewa dan termanya;

(ii) kesan PKP ke atas kadar sewa;

(iii) hak penyewa dalam pengurangan kadar sewa;

(iv) kesan perjanjian sewa sekiranya penyewa gagal menyelesaikan sewa bulanan;

(v) hak tuan rumah dalam membatalkan perjanjian sewa;

(vi) hak penyewa bangunan kedai yang bukan di bawah kategori perkhidmatan penting boleh menuntut “frustration” bagi perjanjian sewa.



(4) MENAWARKAN KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN UNDANG-UNDANG BURUH

(EMPLOYMENT LAW)

(a) Menyediakan khidmat merangka, menyemak dan memeterai kontrak pekerjaan

dan buku panduan pekerja;


(b) Menyediakan khidmat merangka, menyemak dan memeterai kontrak

perkhidmatan pengasas;


(c) Mengkaji dasar kontrak dan prosedur kontrak pekerjaan;

(d) Menyediakan khidmat penyelesaian pertikaian alternatif di antara majikan &

pekerja;


(e) Menyediakan khidmat nasihat bagi isu-isu berkaitan masalah pekerja dan majikan

yang pekerja kehilangan faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan

kewangan (non-monetary benefit) termasuk berkaitan penamatan atau pemecatan

yang tidak adil.


(f) Menyediakan khidmat nasihat dan representasi berkenaan tindakan undang

undang yang boleh di ambil di Mahkamah Industri dan Mahkamah Tinggi;

(g) Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan berkenaan polisi pemberhentian

dan tindakan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko tindakan litigasi diambil

oleh pekerja terhadap majikan;


(h) Menyediakan perkhidmatan berkaitan prosiding semakan kehakiman.



(5) MENYEDIAKAN KHIDMAT MERANCANG, MENYELARAS ATAU MENGENDALIKAN

LATIHAN, KEMAHIRAN DAN KURSUS BERKAITAN PERUNDANGAN

Sepanjang tempoh PKP, pihak EzriLaw Firm mengendalikan Webinar mengenai hartanah yang berdurasi 30 minit. Berikut adalah antara tajuk-tajuk Webinar yang akan disiarkan:

(6) MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENYEDIAAN NOTIS TUNTUTAN

(a) Pihak Ezrilaw Firm menyediakan perkhidmatan perangkaan dan penyediaan notis

tuntutan yang mana notis ini bertujuan untuk menyenaraikan segala tuntutan,

makluman atau permintaan oleh pihak yang menuntut tidak hanya terhad kepada

individu, badan berkanun dan syarikat berdaftar kepada pihak yang lain supaya

melaksanakan sesuatu tuntutan. Antara tuntutan, makluman atau permintaan yang

boleh dilakukan adalah seperti berikut:

(i) tuntutan hutang yang tertunggak;

(ii) tuntutan sewa tertunggak;

(iii) permintaan penarikan balik artikel atau apa-apa jua bentuk medium penyampaian maklumat yang disiarkan di dalam media-media yang mendatangkan prejudis;

(iv) tuntutan bagi pengingkaran kontrak;

(v) tuntutan kerosakan harta benda; dan

(vi) tuntutan ganti rugi akibat pencerobohan hartanah.





51 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page