top of page

Pakej Permai Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Updated: Feb 19, 2021

1. Program Subsidi Upah 3.0

Di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semua majikan yang beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak untuk memohon program subsidi upah tanpa mengambil kira sektor. Majikan dalam kawasan PKP akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang daripada RM4,000.

2. Sistem Insurans Pekerjaan Prihatin

Di bawah Pertubuhan Keselamatan Soaial (Perkeso) kerajaan bersetuju untuk melonggarkan syarat permohonan bagi program Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP Prihatin iaitu Pemberian Elaun Mencari Perkerjaan.

3. Perlindungan untuk 'delivery riders'

Di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kerajaan memperuntukkan RM24 juta bagi membiayai caruman penuh pekerja khidmat penghantaran (delivery riders).

4. Geran Khas Prihatin

Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tujuh negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran RM1,000 ringgit, manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500.

5. Skim Mikrokredit

Sejumlah RM1 bilion kemudahan mikrokredit disediakan. Skim ini memberi tawaran pinjaman bermula RM1,000 sehingga RM5,000 setiap seorang, dengan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun yang merangkumi pinjaman mudah berjumlah RM390 juta ringgit oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), RM350 juta oleh Agrobank dan RM295 juta oleh TEKUN.

6. Bantuan 'one off'

Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau 'one-off' sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.

7. Kempen E-Dagang

Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan RM300 juta. Melalui kempen tersebut, usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual-beli secara dalam.

8. Kelonggaran Pengecualian Cukai Jualan ke atas Kenderaan Penumpang

Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama lima tahun, berbanding tujuh tahun sebelum ini.

9. Menambah Baik Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin (SJPD)

Bagi syarikat milik asing, kerajaan akan meningkatkan pembiayaan maksimum dari RM500 juta kepada RM1 bilion; memperluaskan skop pembiayaan kepada perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun dan membenarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang-kurangnya 75 peratus.

10. Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA

Hubungi MARA.

11. Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN

Hubungi PTPTN.

12. Potongan Cukai Khas

Kerajaan bersetuju potongan cukai khas bagi pengurangan sewa premis perusahaan kecil sederhana (PKS) termasuk bukan (PKS) hingga 30 Jun 2021. Potongan itu tertakluk kepada syarat pengurangan sewa hendaklah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa asal bagi tempoh terbabit.

13. Diskaun Bil Elektrik

Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan. Penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus bagi tempoh enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

14. Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi

Syarikat Jaminan Pinjaman Perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi. Di bawah skim ini, 50 peratus jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.

15. Ketidakupayaan Untuk Melaksanakan Obligasi Kontraktual

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh kuat kuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual kepada 31 Mac 2021. Ini meliputi perjanjian sewa beli atau kontrak pajakan dan kontrak jualan kredit untuk memanfaatkan golongan yang terjejas.

16. Pengecualian Levi Majikan

Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan mengecualikan levi majikan bagi syarikat yang tidak dapat beroperasi semasa tempoh PKP dan PKPB.

21 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page