top of page

Apa Akan Berlaku Jika Anda Gagal Patuhi Perintah Atau Penghakiman Mahkamah?




Jenis-Jenis Penguatkuasaan Perintah Atau Penghakiman dan Peranan Bailif

Penghakiman atau Perintah ini boleh dipohon oleh individu atau mana-mana institusi/perbadanan yang memfailkan tuntutan saman dan kemudiannya memperoleh keputusan daripada Mahkamah. Apabila pelaksanaan difailkan dan dibenarkan di Mahkamah, pihak yang menyaman akan dikenali sebagai Pemiutang Penghakiman manakala pihak yang gagal mematuhi Penghakiman tersebut dikenali sebagai Penghutang Penghakiman.


Jenis-Jenis Pelaksanaan Penghakiman

  • Prosiding Kebankrapan

  • Penggulungan Syarikat

  • Prosiding Garnisi

  • Writ Penyitaan dan Penjualan

  • Saman Penghutang Penghakiman


Prosiding Kebankrapan

Pemiutang boleh memfailkan tindakan kebankrapan terhadap Penghutang sekiranya beliau keberhutangan melebihi RM50,000.00. Apabila pihak tersebut diisytihar muflis, pihak tersebut akan hilang beberapa kelayakan iaitu larangan daripada menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongsian atau menubuhkan syarikat/bekerja dalam perniagaan saudara dan banyak lagi.

Penggulungan Syarikat

Aset syarikat akan dikumpulkan dan dihasilkan oleh Penyelesai (Liquidator) bagi tujuan pembayaran hutang syarikat kepada Pemiutang. Terdapat dua jenis penggulungan syarikat iaitu secara terpaksa dan secara sukarela. Antara kesan penggulungan syarikat ialah syarikat tersebut tidak dapat lagi meneruskan perniagaannya.

Prosiding Garnisi

Pemiutang akan mendapatkan Perintah daripada Mahkamah untuk mengarahkan pihak Bank membekukan akaun yang dimiliki oleh Penghutang. Namun sekiranya pihak yang digarnis iaitu Penghutang hadir untuk prosiding, Mahkamah boleh menetapkan pembayaran mengikut pendapatan Penghutang mengikut budi bicara institusi tersebut.

Writ Penyitaan dan Penjualan

Pemiutang mendapat Perintah daripada Mahkamah untuk menyita aset-aset di dalam sesebuah premis yang didiami oleh Penghutang dan seterusnya menjual aset-aset tersebut melalui proses lelong dengan objektif untuk membayar hutang yang dihakimi terhadapnya. Dalam pelaksanaan ini, Bailif akan menyenaraikan aset-aset dan diberikan kepada Penghutang untuk memastikan bahawa Penghutang dimaklumkan mengenai proses sita dan jual yang akan dilakukan kelak sekiranya tiada penyelesaian bayaran dibuat. Jika masih tiada bayaran dibuat, Bailif akan menyita harta Penghutang Penghakiman untuk dijual atau dilelong bagi menyelesaikan hutang yang dihakimkan

Saman Penghutang Penghakiman

Penghutang Penghakiman perlu hadir di Mahkamah untuk memberikan keterangan bagi pembayaran hutang yang telah diperintahkan sebelum ini. Sekiranya Penghutang hadir ke Mahkamah, Mahkamah kebiasaannya akan menetapkan satu tarikh seterusnya untuk Penghutang mempamerkan slip gaji dan tanggungannya sebagai bukti kepada Mahkamah. Kemudiannya, Mahkamah akan menetapkan bayaran ansuran untuk dilunaskan Penghutang. Ketika pelaksanaan ini, Bailif berperanan dalam membuat tangkapan sivil ke atas Penghutang dan memastikan Penghutang mematuhi waran tangkap yang dikeluarkan.

Kesimpulannya, langkah terbaik yang boleh dilakukan jika terdapat pelaksanaan penghakiman terhadap anda ialah rundingan bersama Pemiutang Penghakiman dan sekiranya pelaksanaa atau penghakiman telah berjalan, langkah yang terbaik yang boleh diambil adalah mendapatkan nasihat peguam dan hadir ke Mahkamah. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, rekod penghakiman akan menjejaskan apa-apa permohonan anda dalam di masa hadapan.

"Click Me" for the Full Version


563 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page