top of page
Writer's pictureFali Ibrahim

EzriLaw Firm Mobile Application Launch

We at EzriLaw Firm strive to stay at the forefront of technology, especially when it comes to effective communication. The management of EzriLaw Firm places high value on how we communicate with our clients and stakeholders, which makes us particularly pleased to announce the launch of the EzriLaw Firm Mobile Application.


The application currently has three (3) main features - About Us, Our Team and Case Tracking. It also contains the location and contact details of all our branches, as well as a one-touch button for users to reach us via email or WhatsApp.


As an initiative and approach towards Industry4WRD 4.0, we developed this application while considering the current user behaviour, which indicates a high smartphone applications usage in their daily life, be it on Android or iOS.


This application will add another communication tool to the mix for our clients, potential clients, partners and associates to reach us at a single click. One of our major aims is continuous engagement, whereby we become easily accessible, at any place, anytime.


Primarily, we bring forward a fundamental value - transparency, which translates into the Case Tracking feature. The Case Tracking feature allows clients to get real-time updates on their cases, akin to when a user tracks their order online when they have made a purchase on applications such as Shopee or Lazada. All they need to do is insert a passcode unique to their case, and the case status will appear.


We believe the transparency and integrity we input into this feature will help us gain trust with potential clients while strengthening relationships with our current clients and stakeholders.


The EzriLaw Firm mobile app was first released for Android at Google PlayStore on 31 January 2021 and iOS at App Store on 15 February 2021. You can download the app here for Android and here for iOS.


 

PELANCARAN APLIKASI MUDAH ALIH EZRILAW FIRM


Kami di EzriLaw Firm sentiasa berusaha untuk berkembang selaras dengan teknologi terkini, terutamanya dalam bidang komunikasi. Pihak Pengurusan EzriLaw amat menitikberatkan aspek komunikasi dengan anak-anak guam dan klien kami, maka dengan sukacitanya, kami ingin mengumumkan pelancaran Aplikasi Mudah Alih EzriLaw Firm.


Pada masa ini, aplikasi EzriLaw Firm mempunyai tiga (3) fungsi utama - About Us, Our Team dan Case Tracking. Selain itu, ia mempunyai butiran lokasi firma, cara menghubungi setiap cawangan kami, serta fungsi khas untuk menghantar emel atau WhatsApp kepada kami dengan satu klik sahaja.


Aplikasi ini salah satu inisiatif dan pendekatan kami ke arah Industry4WRD 4.0, di mana kami melihat perilaku pengguna adalah lebih ke arah penggunaan aplikasi telefon pintar dalam kehidupan seharian sama ada di platform Android mahupun iOS.


Kami ingin mempelbagaikan lagi kemudahan-kemudahan sedia ada untuk membolehkan anak guam, bakal pelanggan, rakan-rakan kongsi, dan rakan-rakan sejawat, untuk menghubungi kami dengan lebih mudah. Salah satu matlamat utama kami adalah untuk membolehkan anda menghubungi kami pada bila-bila masa, di mana jua.


Pada masa yang sama, kami ingin menerapkan elemen ketelusan, di mana ianya boleh dilihat dalam fungsi Case Tracking melalui aplikasi ini. Fungsi ini membolehkan anda untuk mendapatkan status terkini untuk kes anda, sama seperti apabila pelanggan-pelanggan menyemak status penghantaran pembelian di aplikasi seperti Shopee atau Lazada. Anda cuma perlu memasukkan passcode unik yang akan diberikan untuk kes anda dan status terkini kes tersebut akan dipaparkan.


Kami yakin dengan ketelusan dan kejujuran yang kami terapkan dalam aplikasiini akan mendorong kepercayaan daripada bakal pelanggan kami. Di samping itu, kami ingin memupuk hubungan yang lebih baik dengan anak-anak guam dan rakan-rakan kongsi kami.


Aplikasi EzriLaw Firm ini pertama kali dilancarkan untuk platform Android di Google Play Store pada 31 Januari 2021 dan iOS di App Store pada 15 Februari 2021. Aplikasi ini boleh dimuat turun di sini untuk Android atau di sini untuk iOS.

38 views0 comments

Comentarios


bottom of page