Khidmat Guaman Syariah

Di EzriLaw Firm, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan guaman - sesuai dengan keperluan setiap individu. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah perkhidmatan perundangan, sokongan serta penyelesaian permasalahan Undang-Undang Syariah.

Perkhidmatan Undang-Undang Syariah kami merangkumi kategori yang luas, seperti yang berikut:

Penyediaan Perjanjian

  • Menyediakan khidmat nasihat dan penyediaan perjanjian seperti Pra-persetujuan Bersama berkaitan hak-hak serta tanggungjawab antara pasangan suami isteri selepas berkahwin, sebelum permohonan poligami atau penceraian.

Pusaka Kecil

  • Menyediakan khidmat nasihat serta mewakili pelanggan dalam urusan berkaitan Pusaka Kecil.

Wasiat

  • Menyediakan khidmat nasihat tentang instrumen Wasiat.

  • Mewakili pelanggan dalam permohonan pengesahan Wasiat orang Islam di Mahkamah Syariah.

Pengurusan Harta

  • Menyediakan khidmat nasihat berkaitan pengurusan harta dalam Islam.

  • Menyediakan Surat Ikatan Amanah, Perjanjian Hibah, dan Pindahmilik Kasih Sayang.

  • Mewakili pelanggan dalam permohonan pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah.

Litigasi Syariah

  • Menyediakan khidmat nasihat Perundangan Syariah dan menyediakan dokumen Mahkamah Syariah berkenaan kes-kes sama ada kes sewaktu hidup atau selepas kematian seperti;-

  1. Urusan perkahwinan dan penceraian (permohonan wali am, permohonan atau pengesahan poligami, pengesahan lafaz cerai, perceraian persetujuan bersama, Fasakh, Ta’liq, Khulu’/Tebus Talaq, dll)

  2. Tuntutan nafkah,

  3. Tuntutan suami/isteri selepas perceraian (nafkah Iddah, Mutaah, harta sepencarian & nafkah tertunggak

  4. Tuntutan hak jagaan anak (custody/guardianship)

  5. Faraid;

  6. Lain-lain

Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan perkhidmatan undang-undang syariah ini.


30 views0 comments