PERKHIDMATAN GUAMAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (I)





Semua sedia maklum bahawa apabila Kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, hanya perkhidmatan penting yang dibenarkan beropersi secara penuh manakala perkhidmatan lain termasuk perkhidmatan berkaitan guaman adalah dibenarkan beroperasi secara berperingkat.


Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, badan-badan kerajaan yang berkaitan dengan perkhidmatan guaman seperti mahkamah dan pejabat tanah juga tidak dibenarkan beroperasi. Oleh yang demikian kesemua perkhidmatan berkaitan guaman khususnya dalam bidang hartanah, korporat dan litigasi adalah tergendala dan tertangguh.


Walaubagaimanapun, bagi memastikan perkhidmatan guaman dapat diberikan kepada orang ramai dan tidak terjejas semasa tempoh PKP, kami di pihak Ezrilaw Firm menawarkan perkhidmatan- perkhidmatan berikut:



(1) KHIDMAT NASIHAT PERMULAAN PERNIAGAAN (STARTUP ADVISORY)

A. Memberi khidmat nasihat untuk merancang dan menentukan jenis perniagaan

dimana sebelum memulakan perniagaan, perancangan perniagaan adalah sangat

penting untuk menentukan hala tuju sesuatu perniagaan tersebut;


B. Memberi khidmat nasihat jenis pendaftaran yang sesuai untuk perniagaan dan kos-

kos pendaftaran yang terlibat:



(i) Perniagaan Milikan Tunggal

  • Perniagaan milikan tunggal atau enterprise merupakan perniagaan yang dimiliki oleh seseorang pemilik di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.


  • Nama syarikat atau perniagaannya juga digunakan atas nama persendirian atau pemilik itu sendiri. Perniagaan ini didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tempoh masa untuk mendaftar perniagaan ini hanya 1 jam sahaja di kaunter SSM.


  • Kebiasaannya modal yang digunakan oleh perniagaan ini adalah kecil dan sumber modal pula yang diperoleh juga kecil sama ada diperoleh daripada harta pemilik sendiri, pinjaman daripada ahli keluarga, rakan-rakan yang dipercayai dan juga bank yang menawarkan pinjaman mikro.


  • Contoh perniagaan milikan tunggal adalah seperti kedai runcit, kedai kasut dan sebagainya.


(ii) Perkongsian

  • Perniagaan perkongsian sama seperti milikan tunggal, cuma perbezaannya adalah perniagaan perkongsian dimiliki oleh lebih dari satu (1) orang dan tidak melebihi 20 orang pemilik dan perniagaan perkongsian ini tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1961.


  • Modal yang bagi jenis perniagaan perkongsian ini biasanya diperolehi dari ahli perkongsian atau daripada pinjaman bank. Keuntungan perniagaan pula dibahagi mengikut modal, keja dan persetujuan bersama ahli perkongsian. Begitu juga dengan kerugian, ianya perlu dikongsi bersama.


  • Contoh perniagaan perkongsian ialah firma perakaunan, firma guaman dan sebagainya.


(iii) Syarikat


  • Perniagaan syarikat sendirian berhad (“Sdn Bhd”) merupakan satu perniagaan yang didaftarkan dibawah akta Syarikat 1965 tetapi mutakhir ini, akta ini telah digantikan dengan akta yang baru iaitu akta Syarikat 2016. Pemilikan syarikat Sdn Bhd adalah terhad kepada dua (2) hingga lima puluh (50) orang sahaja.


  • Liabiliti syarikat sdn bhd tidak melibatkan harta peribadi pemilik dan ianya adalah terhad. Jika berlaku sebarang kerugian kepada syarikat atau bankrapsi, kerugian ini adalah ditanggung syarikat, bukan pemilik. Hal ini merupakan satu kelebihan syarikat Sdn Bhd.


C. Memberi khidmat nasihat berkaitan persediaan sebelum memulakan perniagaan

khususnya dalam perkara-perkara berikut:

  • Pemilihan lokasi dan premis perniagaan. Terdapat banyak agensi-agensi yang menawarkan ruang niaga untuk disewa seperti MARA dan PUNB.


  • Perangkaan rancangan perniagaan bagi memastikan segala aspek di dalam perniagaan di ambil kira termasuk keperluan kewangan, sumber dan operasi perniagaan. Perangkaan rancangan ini tidak terhad kepada usahawan-usahawan baru sahaja, usahawan yang telah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk memulakan perniagaan perlu perangkaan rancangan perniagaan yang baik.


  • Pemilihan keperluan atau asset untuk memulakan perniagaan seperti komputer, mesin, perabot, dan peralatan pejabat.


  • Penyediaan profil syarikat, brochure dan kad perniagaan bagi tujuan promosi.



D. Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan pinjaman bagi perniagaan

milikan tunggal, perkongsian dan syarikat khusunya dalam perkara-perkara berikut:

  • Menasihati usahawan tentang dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk tujuan kelulusan pinjaman;


  • Menghubungkan dan memperkenalkan usahawan dengan pegawai-pegawai bank yang berkaitan;


  • Menasihati usahawan tentang aliran proses seluruh pinjaman setelah surat tawaran dikeluarkan oleh bank.

E. Memberi khidmat nasihat kepada usahawan tentang langkah-langkah yang perlu

diambil apabila peniaga tidak mampu menjelaskan bayaran bulanan pinjaman

kepada bank khususnya dalam penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman

perniagaan dengan bank.


F. Memberi khidmat nasihat berkenaan dengan geran-geran atau dana-dana oleh

institusi kewangan dan kerajaan seperti TERAJU, TEKUN, PUNB, MARA dan SME

BANK yang diberikan kepada syarikat.


G. Menyediakan khidmat merangka, menyemak dan memeterai perjanjian antara

rakan kongsi didalam sesebuah perkongsian dan pemegang-pemegang saham

didalam sesebuah syarikat khusunya dalam perkara-perkara berikut:


(I) Menerangkan kepentingan memeterai perjanjian diantara rakan kongsi dan

pemegang-pemegang saham yang mana antara kepentingannya adalah:

  • Menetapkan dan mengawal aktiviti utama syarikat ;


  • Menetapkan cara-cara pengendalian dan prosedur pindahmilik saham di dalam syarikat agar pergerakan saham syarikat terkawal;


  • Melantik pengarah urusan syarikat dan pegawai atasan syarikat;


  • Menghadkan dan mengawal persaingan aktiviti perniagaan bagi syarikat di antara pemegang saham;


  • Menetapkan panduan penyelesaian sekiranya terjadi pertikaian antara pemegang-pemegang saham; dan


  • Menetapkan panduan bagi polisi dividen syarikat.


(II) Menerangkan impak perjanjian tersebut sekiranya dimeterai; dan


(III) Menerangkan kesan-kesan yang mungkin berlaku jika 6ada perjanjian antara rakan

kongsi didalam sesebuah perkongsian dan pemegang-pemegang saham.








21 views0 comments