Kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS/ SME) melalui PRIHATIN, PENJANA, KITA PRIHATIN dan PERMAI.
Setakat 12 Februari 2021, kerajaan telah meluluskan 6,731 permohonan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.259 bilion di bawah skim pembiayaan PKS Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Bagi pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) pula, sebanyak RM363.4 juta sudah disalurkan bagi memanfaatkan 10,774 PKS Mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan.
Hakikatnya walaupun dengan insentif-insentif ini aspek pembiayaan terus jadi cabaran bagi PKS.
Apakah insentif dan pakej pembiayaan terkini untuk PKS?
Bagaimana kerajaan menyalurkan bantuan melalui agensi-agensi kerajaan?
Apakah produk dan perkhidmatan Credit Guarantee Malaysia Berhad (CGC)?
Mari bersama-sama dengan kami pada hari Khamis, 4 Mac 2021, jam 3 petang dalam webinar “Insentif & Pakej Pembiayaan Terkini Untuk SME” di Facebook EzriLaw. Kami juga bawakan kepada anda seorang panel jemputan iaitu Mohamad Zulfahimi wakil Credit Guarantee Malaysia Berhad (CGC) yang akan turut serta dalam membincangkan topik ini.
Sila hubungi pihak kami sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat atau penjelasan lebih lanjut.
Comments