top of page

Webinar: Kolaborasi Bersama Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan



Pada 1 Ogos 2021, Managing Partner EzriLaw Firm, Tuan Haji Mohamad Ezri bin Abdul Wahab telah dijemput oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan sebagai ahli panel untuk program webinar (melalui aplikasi Webex) yang bertajuk Penjenamaan Firma Guaman Di Era Revolusi Perindustrian 4.0.


Sesi dua jam itu telah dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan serta orang awam yang berminat akan topik dan isu penjenamaan firma guaman di era modenisasi atau lebih terkenal dengan gelaran Revolusi Perindustrian 4.0 (Industry 4.0), lebih-lebih lagi dengan impak besar pandemik yang sedang kita alami.


Tuan Haji Mohamad Ezri sering dijemput sebagai ahli panel melibatkan topik-topik pemasaran, penjenamaan dan pengurusan pejabat oleh kerana kepakarannya dalam bidang-bidang ini selain daripada bidang perundangan sendiri.


Sesi tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab di antara ahli panel dan para hadirin serta kata-kata penutup daripada pihak penganjur.

21 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page