top of page

Webinar: Wujudkah Harta Sepencarian Dalam Harta Pusaka?


Adakah terdapat persamaan antara harta sepencarian dan harta pusaka?

Harta sepencarian dan harta pusaka merupakan satu topik yang seringkali mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat kita.

Pelbagai persoalan dan isu menarik yang timbul berkaitan harta sepencarian dan harta pusaka misalnya seperti,

“Jika seorang suami meninggal dunia tanpa membuat sebarang wasiat, bolehkah harta arwah seperti rumah, kenderaan dan wang diambil oleh waris tanpa persetujuan balunya?

Adakah balu tersebut boleh menuntut dan layak ke atas harta sepencarian?”

Ingin dapatkan jawapan kepada isu-isu sebegini?

Mari bersama-sama dengan kami pada hari Selasa, 23 Februari 2021, jam 3 petang dalam webinar Zoom: "Wujudkah Harta Sepencarian Dalam Harta Pusaka?" di mana kami bawakan anda seorang panel yang berpengalaman dan merupakan seorang peguam syarie bagi mengupas banyak lagi persoalan-persoalan yang menarik.

73 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page