top of page

Welcome Partners: Pn Khairul & Pn Nur Farhana

Updated: Feb 19, 2021

Dear Valued Clients,

At EzriLaw Firm, we pride ourselves in having the crème of the crop to attend to your every need. We are thrilled to announce the addition of two new partners to our strong force

  • Pn Khairul Aimi binti Azimi, Head of Conveyancing Operational Department for Selangor Branch of EzriLaw Firm, and

  • Pn Nur Farhana binti Abdul Karim, Head of Global Banking & Commercial Department of EzriLaw Firm.


Puan Aimi is a graduate of International Islamic University Malaysia. Admitted to the Malaysian Bar in 2012. She triumphed in corporate due diligence and acquisition for four years before venturing into projects and real estate. She brings her expertise to command subsale, direct transfer, auction cases, sale purchase for direct developer, and perfection of transfer at our firm. Puan Aimi will also oversee draft agreements and financing documentation for financial institutions.



Puan Farhana, a graduate from the University of Malaya, was admitted to the Malaysian Bar in 2017. She imparts years of experience to handle several portfolios at EzriLaw Firm. She oversees financing granted by various financial institutions to Small Medium Enterprises (SMEs), private limited companies, partnerships, and sole proprietorships. Puan Farhana also provides advisory services to start-ups, SMEs and financial institutions. She is simultaneously in charge of drafting a wide range of commercial agreements for the local & international arena, including shareholder's agreement, software development agreement, and service agreement.

"It is always an honour to have esteemed lawyers agree to hitch their wagon to EzriLaw Firm. Especially, those who are passionate about the law, have a high spirit in upholding it and are proud to carry the tradition and ambition of EzriLaw Firm. Puan Aimi and Puan Farhana will be an added strength in EzriLaw Firm to face the challenging times ahead. They will create new opportunities that will ensure EzriLaw Firm will be a name that is not only admired but also truly respected. Congratulations Aimi & Farhana", said Encik Mohamad Ezri Bin Abdul Wahab, Managing Partner.

"The admission of Puan Aimi and Puan Farhana is well deserved. Indeed, they will add new energy to the current team and further strengthen our firm's position in Malaysia" remarked Puan Zemilah Binti Mohd Noor, Partner.

Please join all of us at EzriLaw Firm in welcoming Puan Khairul Aimi binti Azimi and Puan Nur Farhana binti Abdul Karim to the team.


Thank you and stay safe,

The Team

EzriLaw Firm

 

Pelanggan yang dihormati,

Di EzriLaw Firm, kami selalu berbangga dengan kakitangan kami yang membentuk pasukan terbaik untuk memenuhi setiap keperluan anda. Kini, kami dengan besar hati ingin mengumumkan pelantikan dua rakan kongsi baharu

  • Pn Khairul Aimi binti Azimi, Head of Conveyancing Operational Department for Selangor Branch of EzriLaw Firm dan

  • Pn Nur Farhana binti Abdul Karim, Head of Global & Commercial Department of EzriLaw Firm.

Puan Aimi adalah seorang graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah diperakui oleh Badan Peguam Malaysia pada tahun 2012. Beliau telah menempah nama selama empat tahun dalam ketelitian wajar bidang korporat dan pengambilalihan korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang projek dan harta tanah. Puan Aimi membawa kepakarannya untuk mengendalikan subsale, pemindahan langsung, kes lelong, pembelian untuk pemaju, dan penyempurnaan pindahmilik di firma kami. Beliau juga akan menyelia draf-draf perjanjian dan dokumentasi pembiayaan untuk pelbagai institusi kewangan di EzriLaw Firm.


Puan Farhana, seorang lulusan Universiti Malaya, telah diperakui oleh Badan Peguam Malaysia pada tahun 2017. Beliau membawa pengalaman bertahun-tahun untuk mengendalikan geran kewangan yang diberikan oleh pelbagai institusi kewangan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), syarikat berhad swasta, perkongsian, serta hak milik tunggal. Beliau turut mempraktikan kepakaran beliau dalam memberikan khidmat nasihat kepada syarikat permulaan, PKS dan institusi kewangan. Puan Farhana secara langsung akan memimpin penyediaan pelbagai perjanjian komersial tempatan dan antarabangsa, di antaranya perjanjian pemegang saham, perjanjian pengembangan perisian dan perjanjian perkhidmatan.


“Kami sanggat teruja apabila peguam-peguam yang ternama sudi menjadi sebahagian dari pasukan kami. Terutama sekali bagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang undang-undang, mempunyai semangat tinggi untuk mendukung undang-undang, dan berbangga untuk bekerja seiring dengan tradisi dan aspirasi kami di EzriLaw Firm. Saya percaya Puan Aimi and Puan Farhana akan membangkitkan lagi semangat pasukan kami dalam menghadapi sebarang cabaran yang akan datang. Tambahan pula, kedatangan mereka tentu akan mencipta lebih banyak peluang dalam menaikkan martabat EzriLaw Firm. Setinggi-tinggi tahniah, Aimi dan Farhana”, kata Encik Mohamad Ezri Bin Abdul Wahab, Managing Partner.

“Perlantikan Puan Aimi dan Puan Farhana sememangnya wajar dan membanggakan. Sudah tentu mereka akan menjadi tiang yang mendorong semangat di kalangan pasukan kami dan memperkuatkan lagi prestasi EzriLaw Firm di Malaysia”, ucap Puan Zemilah Binti Mohd Noor, Partner.

Sila sertai kami dalam mengalu-alukan kedatangan Pn Khairul Aimi binti Azimi dan Pn Nur Farhana binti Abdul Karim ke pasukan kami.


Terima Kasih,

The Team

EzriLaw Firm


97 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page