Pernahkah anda terfikir untuk menjalankan operasi Firma Guaman dari rumah atau di mana-mana jua pada bila-bila masa?
Dengan revolusi industri 4.0 dan kepesatan teknologi yang mendominasi kehidupan manusia, perkara yang dahulunya dilihat sebagai kehendak kini menjadi keperluan.
Firma guaman seharusnya maju mengikut arus pemodenan seperti mana industri lain yang telah merealisasikan revolusi ke arah teknologi pengkomputeran awan. Dengan krisis Covid-19 yang semakin meruncing, perubahan ini harus dilaksana bagi menjamin kelangsungan operasi firma guaman di masa hadapan.
Data, Proses, dan Komunikasi sudah boleh dilaksanakan secara fleksibel menerusi teknologi awan. Tiada lagi kekangan komunikasi melibatkan pengendalian kes yang mana ia boleh dilaksanakan secara komunikasi digital menggunakan pelbagai jenis perisian seperti ZOOM, Microsoft Team, Google Meet, dan sebagainya.
Bagi menyimpan data secara berpusat dan secured, tiada lagi keperluan menyimpan rekod di pelayan atau komputer sendiri. Google Drive, OneDrive, DropBox dan banyak lagi aplikasi storan awan yang boleh digunakan sebagai pusat penyimpanan dokumen dan rekod kes.
Syarikat gergasi seperti Microsoft, Google, malah Alibaba telah menyediakan platform pengkomputeran awan seperti Microsoft 365 dan Google Business Suite bagi memudahkan sesuatu organisasi itu mengubah struktur kerja mereka. Baik dari segi produktiviti dan sekurtiti, solusi ini disediakan dan boleh diperolehi mengikut kesesuaian bajet dan penggunaan serta saiz sesuatu organisasi. Anda hanya bayar apa yang anda guna dan perlu.
Dengan hanya satu akses, operasi pejabat boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana jua. Oleh itu, jaringan internet pantas merupakan komponen utama bagi membolehkan operasi dilaksanakan secara maya. Dengan inisiatif serta kesediaan infrakstruktur jalur lebar oleh pihak kerajaan dan swasta, perolehan capaian internet pantas ini bukanlah suatu kekangan seperti mana yang berlaku 10 tahun dahulu.
Jangan gusar dengan dengan privasi dan sekuriti data anda. Fahami kaedah penyimpanan data secara encryption yang telah disediakan oleh solusi-solusi digital semasa bagi menjamin sekuriti serta privasi data tersebut. Malahan anda boleh melanggan insuran yang berkenaan sebagai langkah pengurusan risiko tambahan bagi menangani serang siber atau kebocoran data.
Yorumlar