top of page
Writer's pictureHaadii Rahman Bin Safian

Our Anti-Bribery and Corruption Policy

Dear Valued Clients,

EzriLaw Firm is committed to eradicate corruption and support the effort of the Government and Malaysian Anti-Corruption Commision (MACC).


The introduction of Section 17A of the MACC Act 2009, which came into effect on 1 June 2020, sees corporate entities being held responsible for their employees’ acts of corruption.


Section 17A holds accountable organisations involved in corruption activities - as long as any one person from the organisation commits the act. Additionally, any person associated with the organisation is deemed to commit the offence unless the organisation can prove that all measures have been put in place to ensure no corruption or bribery are committed from their end.


In EzriLaw Firm, we have zero-tolerance for bribery and corruption. We have implemented internal policies and guidelines on anti-corruption where all our employees must observe and at once, uphold EzriLaw Firm’s commitment towards eradicating corruption.


We undertake to discharge our duties and obligations ethically and shall not offer, give, agree to offer or give any bribe.


If you are interested in further information or clarification on Our Anti-Bribery and Corruption Policy, please do not hesitate to contact us.


Thank you for your continuous support.

 

Dasar Anti Rasuah Kami

Pelanggan yang terhormat,

EzriLaw Firm komited untuk membasmi rasuah dan menyokong usaha Kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Menurut Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2020, entiti korporat mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau pihak bersekutunya terlibat dengan jenayah rasuah.


Seksyen 17A memperuntukkan bahawa organisasi akan turut dikira terlibat dalam kegiatan rasuah sekiranya mana-mana pihak daripada organisasi tersebut terlibat dalam aktiviti rasuah. Setiap orang yang berkaitan dengan organisasi tersebut akan dianggap turut melakukan kesalahan kecuali organisasi tersebut dapat membuktikan bahawa semua langkah telah dilaksanakan untuk memastikan tidak ada kejadian rasuah di dalam organisasi itu.


Kami di pihak EzriLaw Firm mempunyai toleransi sifar terhadap rasuah. Kami telah melaksanakan dasar dan garis panduan dalaman mengenai pencegahan rasuah di mana semua pekerja kami harus mematuhi dan pada masa yang sama, menjunjung tinggi komitmen EzriLaw Firm untuk memerangi rasuah.


Kami memberi akujanji untuk melaksanakan tugas dan kewajipan kami secara beretika dan tidak akan menawarkan, memberi, bersetuju untuk menawarkan atau memberi rasuah.


Sila hubungi pihak kami sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat atau penjelasan lebih lanjut mengenai Dasar Anti Rasuah kami.


Terima kasih di atas sokongan anda yang berterusan.

30 views0 comments

Comments


bottom of page